Thursday 5 January 2012

Moh Kome...kite renung negeri kite ni....

Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) (lihat peta). Ia merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia (selepas Pahang).



Perak Darul Ridzuan terdiri daripada 10 jajahan yang dipanggil sebagai daerah:
Bandar-bandar utama di Perak adalah termasuk IpohKuala KangsarTaipingSitiawanKampar dan Teluk Intan.

Sejarah

Zaman Kesultanan Melayu

Negeri Perak telah wujud sejak zaman pra sejarah lagi, iaitu manusia telah menduduki negeri Perak semenjak 40,000 hingga 8,000 tahun Sebelum Masihi.
Legenda menceritakan tentang sebuah kerajaan Hindu-Melayu yang disebut Gangga Negara di Perak barat laut. penemuan arkeologi menunjukkan bahawa Perak telah didiami sejak zaman prasejarah.
Sejarah Kesultanan Perak bermula pada 1528 dengan kemahkotaan Sultan Muzaffar Shah I, keturunan Sultan Mahmud Shah dari Melaka. Oleh demikian, Kesultanan Perak adalah keturunan secara langsung daripada Kesultanan Melaka.
Walaupun wangsa itu bermula dengan nasib yang baik, nasib itu tidak dapat dikekalkan kerana ia menjadi mangsa pihak AcehBugisPortugisBelandaThailand dan kemudiannya British. Pihak Aceh telah dua kali melarikan Sultan berserta keluarganya ke Aceh, Sumatera.

[sunting]Zaman Naungan Residensi British

Penemuan lapisan timah yang terkaya di dunia pada 1824 menarik pemasukan pendatang secara besar-besaran, terutamanya orang Cina. Dikaitkan dengan peraturan yang merumitkan tentang pewarisan serta orang bangsawan yang amat berkuasa, kerusuhan sosial dan politik yang dialami tidak dapat dielakkan. Campur tangan pihak British pada 1874 menyebabkan penyelesaian yang sekurang-kurangnya memperlihatkan tolak ansur, iaitu Sultan dipujuk turun takhta dengan pembayaran pencen supaya waris yang sah boleh dimahkotakan. Seorang Residen British tiba untuk menasihatkan Sultan dan sepasukan polis tentera India diasaskan. Walaubagaimanapun, Residen yang baru itu tidak menerima sambutan yang popular dan beliau terbunuh pada 1877. Malangnya, Sultan yang baru telah terbabit dalam peristiwa ini dan dibuang negeri ke Seychelles. Seorang pemangku raja mengambil alih tempatnya dan sepuluh tahun kemudian diizin menjadi Sultan. Baginda mangkat tidak sampai sebulan selepas baginda menjadi raja.
Warisnya, Sultan Idris, terbukti menjadi salah seorang Melayu yang bijaksana. Negeri Perak menjadi makmur dan maju di bawah pemerintahannya. Keadaan kewangan dikawal dan langkah-langkah pertama untuk membentukkan negeri-negeri bersekutu diambil. Perak menjadi salah satu daripada negeri-negeri pertama yang membentukkanNegeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada 1897.
Pendapatan negeri Perak merosot apabila harga getah merosot selepas Perang Dunia I. Walaupun Sultan Idris mangkat pada 1916, waris-warisnya terbukti bijak dari segi pandangan. Sultan Iskandar Shah berkhidmat dengan polis NNMB dan memainkan peranan yang penting dalam pengasasan Rejimen Askar Melayu DiRaja pada 1930-an. Perak diserang dan ditewas oleh pihak Jepun pada Hari Raya Tahun Baru 1942. Walaubagaimanapun, Sultan Abdul Aziz, bukan seorang raja yang senang digulingkan.
Negeri Perak memasuki Malayan Union pada 1 Februari 1948. Ia juga ikut serta negeri-negeri lain untuk membentukkan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, dan menjadi salah satu daripada negeri-negeri Malaysia pada 16 September 1963.

Kerajaan

Sultan Negeri Perak merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dipunyai oleh Dewan Undangan. Dewan ini melantikkan ahli Dewan untuk membentukkan Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).
EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.

[sunting]Krisis perlembagaan Perak

Pada Februari 2009, terdapat perubahan pada kerajaan negeri berikutan beberapa ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat yang keluar parti. Sultan Perak kemudiannya membubarkan kerajaan Pakatan Rakyat dan memberi laluan kepada Barisan Nasional. Bekas Menteri Besar dari Pakatan, Mohammad Nizar Jamaluddin mempertikaikan kesahihan tindakan tersebut dari segi perlembagaan negeri dan mendakwa beliau masih memegang jawatan Menteri Besar.[1] Pada 18 Februar 2009, speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar menggantung Menteri Besar dari Barisan Nasional, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, bersama-sama enam ahli Exconya daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri dengan tempoh penggantungan masing-masing selama 18 dan 12 bulan.[2] Pada 3 Mac 2009 27 Ahli Dewan Undangan Negeri dari pakatan rakyat serta speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar tidak dibenarkan masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak.Selepas tidak dapat memasuki Dewan Undangan Negeri Perak,kesemua 27 ADUN(Ahli Dewan Undangan Negeri) pakatan rakyat dan speaker DUN Perak,V Sivakumar mengadakan sidang DUN di bawah pokok. Pihak DAP mendakwa bahawa Sidang DUN itu sah kerana bedasarkan peraturan, speaker Dun Perak mempunyai kuasa untuk menetapkan tempat persidangan, sedangkan BN mengatakan ia persidangan haram kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak. Dalam Sidang Dun, 2 usul diluluskan.
  1. Usul undi percaya kepada Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaludin.
  2. Usul memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri(DUN) Perak.
Mahkamah Tinggi Ipoh bagaimanapun telah mengeluarkan perintah melarang Speaker Dewan Undang Negeri (DUN) Perak V.Sivakumar daripada mengadakan sebarang sidang DUN yang tidak mengikut undang-undang pada 3 Mac 2009 (Bernama). Ini berdasarkan fakta/peraturan bahawa Speaker tidak mempunyai kuasa memanggil sidang DUN melainkan mendapat perkenan daripada Sultan Perak. [3]



Tuesday 3 January 2012

Tahun Melawat Perak

ok....kita renung sejenak pelancaran tahun melawat perak.....

pada IPOH 2 Jan. - Kerajaan negeri melancarkan Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 sempena sambutan tahun baru 2012 yang dihadiri oleh lebih 5,000 pengunjung di Stadium Indera Mulia di sini, tengah malam semalam.
Pelancaran itu melakar sejarah baharu dalam pembangunan industri pelancongan Perak yang dijangka menerima kehadiran lima juta pelancongan tahun ini.

Upacara sambutan tersebut diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang turut merasmikan secara serentak Fiesta Pelancongan Perak dan Ambang 2012.

Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Saripah Zulkifli; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganesan; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.
Berucap pada majlis itu, Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor berkata, 2012 bakal menyaksikan satu detik penting bagi negeri ini iaitu bermulanya TMP 2012.

Zambry turut menyeru setiap lapisan rakyat supaya menunjukkan identiti dan keramahan mereka sepanjang TMP bagi menjadikan Perak antara negeri yang terkenal dalam pelancongan dunia.

"Wajah-wajah rakyat Perak yang akan kita tunjuk kepada para pelancong. Kita tonjolkan keramahan dan identiti rakyat Perak.

"Kita tidak hanya menunjukkan kehebatan bangunan-bangunan yang kita ada kerana orang akan ingat keramahan serta budi baik yang kita tonjolkan," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua rakyat, beliau yakin sasaran lima juta pelancong pada TMP 2012 dapat dicapai.

Zambry memberitahu, kerajaan negeri telah membuat segala persiapan dan sudah bersedia untuk menyambut kehadiran pelancongan sepanjang TMP.

"Perak juga akan meneruskan agenda yang telah dilakar dalam wawasan Perak Amanjaya dan berharap matlamat untuk mencapai negeri maju dapat dicapai," tambah beliau.

Terdahulu, pengunjung dihiburkan dengan persembahan oleh artis-artis terkemuka tempatan seperti Ramli Sarip, Adam AF, Baby Shima selain menampilkan pengacara popular, Datuk AC Mizal.