Thursday 23 February 2012

Adun Pilihan Rakyat


Kita selalu dengar perkataan ADUN.. tau ke ape maksud ADUN ni... jangan main sebut je... hihihi...
moh kita renung sekejap...

Di Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri ialah wakil yang dipilih oleh para pengundi sebuah kawasan pilihan raya negeri ke Dewan Undangan Negeri. Pemilihan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri diadakan setiap lima tahun, sempena dengan Pilihan Raya Umum Malaysia untuk ahli parlimen. Namun negeri Sarawak mengadakan pilihan raya berasingan bagi memilih ahli dewan undangannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri biasanya disebut ADUN manakala Dewan Undangan Negeri didikenali sebagai DUN. Mereka disebut sebagai wakil rakyat dengan gelaran rasmi Yang Berhormat atau dikenali juga dengan singkatan YB.

Kat negeri kita ni ada lebih kurang 59 ADUN yang dipilih oleh rakyat.... korang tau x apa fungsi deme ni... bile kita dah pilih deme kene la jalankan tanggungjawap....
Fungsi ADUN
§  Menjaga hak berperlembagaan negeri dan rakyat seperti yang diperuntukkan oleh perlembagaan negeri.
§  Mempertimbangkan jenis dan kebaikan perundangan yang dibawa kepada Dewan Undangan Negeri serta mencadangkan pindaan bersesuaian sebagaimana yang difikirkan perlu.
§  Meluluskan perbekalan, dan memeriksa akaun awam untuk memastikan wang awam dibelanja mengikut kelulusan parlimen dan mengikut kepentingan pembayar cukai.
§  Memberi khidmat kepada Kerajaan Eksekutif dan menjadi arena tumpuan bagi memeriksa dan mengkritik dasar-dasar dan pelaksanaan rancangan-rancangan kerajaan.
§  Mewakili rakyat melalui sidang Dewan Undangan Negeri dan forum yang disediakan untuk wakil-wakil rakyat menyuarakan pendapat, membangkitkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam, atau berbincang secara terbuka terhadap isu-isu yang menjadi tumpuan rungutan atau masalah rakyat.
§  Melantik Jawatankuasa-jawatankuasa untuk penyiasatan melalui perbicaraan awam dan laporan-laporan.

kalau kome nak tau lebih lanjut tentang ADUN kawasan masing... click sini yer.... ADUN KOME

Friday 17 February 2012

Sejarah Ringkas Negeri Perak


Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari 'kilatan ikan dalam air' yang berkilau seperti perak. Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya. Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa.

Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama Perak Man. Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu. Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu. Selepas zaman ini, alam persejarahan Negeri Perak telah maju setapak lagi dengan wujudnya kerajaan-kerajaan tempatan seperti Manjung di Daerah Dinding dan Beruas (wujud setelah Manjung luput).

Begitu juga beberapa kerajaan lagi di Perak Tengah dan Ulu seperti Tun Saban dan Raja Roman. Serentak dengan itu Islam mula bertapak kukuh di negeri ini. Titik sejarah Negeri Perak sebenarnya bermula dengan penabalan Sultan Muzaffar Syah l yang berketurunan dari Sultan Mahmud Syah Melaka pada tahun l528. Walaupun zaman Kesultanan Negeri Perak telah muncul tetapi kuasa-kuasa tempatan masih diakui berkuasa. Corak pemerintahan yang dijalankan adalah urutan dari sistem feudal di Melaka yang berdemokrasi. Negeri Perak lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di Larut pada tahun l848 oleh Cik Long Jaafar. Dengan kejumpaan ini ekonomi Negeri Perak berkembang dengan pesat dan lebih banyak kawasan perlombongan dibuka. Selain bijih timah, getah juga memainkan peranan yang penting dan ditanam setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun. Implikasi dari perkembangan ekonomi ini telah mengwujudkan masyarakat majmuk terutama kaum Cina yang bekerja di lombong-lombong di negeri ini. Inggeris yang telah lama menaruh hati terhadap Negeri Perak telah campur tangan melalui Perjanjian Pangkor l874 setelah wujudnya kacau bilau di Larut.

Dari campur tangan ini sistem pentadbiran Residen telah diperkenalkan dengan J.W.W.Birch sebagai Residen pertamanya. Pada mulanya sistem Residen dijangkakan mendatangkan implikasi yang baik, tetapi kerana pelaksanaannya yang menyeleweng dan ditambah dengan sikap masyarakat pribumi yang tidak mahu dijajah, telah berlaku penentangan yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela. Akibatnya J.W.W.Birch dibunuh pada tahun 1875. Sistem Residen masih juga diteruskan sehinggalah kedatangan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 194l. Negeri Perak turut mengalami kepahitan semasa pendudukan Jepun hingga tahun l945. Babak penjajahan Inggeris selepas Jepun menyerah diri belum berakhir, malah diteruskan sehingga darurat berlaku pada tahun 1948. Keganasan banyak berlaku di Negeri Perak yang mana Parti Komunis Malaya bertanggung jawab mengenainya. Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu kedudukan Negeri-negeri Melayu adalah tidak stabil. Ditambah dengan kemunculan semangat kebangsaan untuk menuntut kemerdekaan di kalangan rakyat jelata. Inggeris sedaya upaya mengekalkan kedudukannya dengan memperkenalkan beberapa sistem pentadbiran seperti Malayan Union pada tahun l946. Rakyat jelata mengembeling tenaga bersama-sama dengan pembesar-pembesar negeri telah menentang habis-habisan semua sistem Inggeris. Sehinggalah Inggeris mengisytiharkan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu pada tahun l957. Kemerdekaan Tanah Melayu, bererti kebebasan negeri-negeri gabungannya dan Negeri Perak adalah salah satu dari negeri-negeri tersebut. Perkembangan pesat di semua bidang terus berjalan sehingga sekarang setelah 34 orang Sultan memerintah turun temurun. Demi mengenang jasa pejuang-pejuang kebangsaan Negeri Perak samada baginda Sultan sendiri mahu pun pengikut-pengikutnya, maka makam-makamnya telah dipulih dan diabadikan serta diisytiharkan sebagai pahlawan tanah air. ZAMAN PRA

SEJARAH Negeri Perak mengalami zaman pra sejarahnya yang terbahagi kepada empat bahagian pada keseluruhannya iaitu Zaman Batu Lama (Palaeolithic), Zaman Hoabinhian, Zaman batu Baru (Neolithic) dan Zaman Logam (Metal Age). Zaman Batu Lama (Paleolitik) Zaman ini dianggarkan berlaku antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi. Satu-satunya kesan peninggalan ini di Tanah Melayu ialah tapak yang dijumpai di Kota Tampan, Lenggong. Peninggalan zaman ini juga dikenali dengan kebudayaan Tampan di mana peninggalannya merupakan alat-alat batu yang belum sempurna buatannya. Zaman Hoabinhian Zaman ini dianggarkan berlaku antara 8,000 hingga 2,000 tahun sebelum masihi. Kesan peninggalannya dijumpai di Gua Badak, Lenggong, Gunung Pondok, Padang Rengas dan beberapa buah gua lagi di Negeri Perak; berupa alat-alat batu yang lebih elok buatannya termasuk lesung batu untuk membuat pencelup merah (haematite).

 Zaman Batu Baru (Neolitik) Zaman ini wujud antara 2,000 hingga 300 tahun sebelum masihi. Kesan-kesan daripada alat-alat peninggalan yang dijumpai di Gua badak, Lenggong dan persekitarannya, Gua Tambun, Ipoh dan lain-lain lagi berkeadaan lebih sempurna dan licin serta dapat dikenali jenisnya. Mereka juga telah pandai menggunakan tembikar untuk memasak makanan dan membuat pondok tempat tinggal. Disamping itu mereka juga telah pandai bercucuk tanam. Zaman Logam (Metal Age) Zaman ini wujud antara 500 hingga 200 tahun sebelum masihi. Tempat-tempat yang pernah dijumpai seperti di Changkat Menteri, Sungkai dan Slim River menunjukkan bahawa masyarakatnya telah menggunakan logam seperti gangsa dan besi untuk membuat mata lembing, mata kail dan mata anak panah. Terdapat juga sejenis alat besi yang anih bentuknya yang dikenali sebagai 'Tulang Mawas' yang dijumpai tertanam di dalam kubur Batu Ubin. Zaman Hindu/Buddha Jumpaan di Kuala Selensing, Perak dianggap sebagai zaman peralihan sebelum Hindu/Buddha, manakala zaman Hindu/Buddha pula merupakan zaman pembukaan lembaran Sejarah Negeri Perak Pengaruh kebudayaan orang-orang India dan kepercayaan Hindu di rantau ini sejak awal kurun masihi lagi telah mengubah sama sekali sistem nilai masyarakat di Tanah Melayu. Jumpaan patung-patung Hindu/Buddha dan beberapa alat pemujaan seperti di Bidor, Jalong dan Pengkalan Pegoh membuktikan wujudnya pengaruh ini.

PERAK SELEPAS PRA SEJARAH
Zaman Kedatangan Islam dan sebelum kesultanan Kerajaan Manjung di Beruas dianggap sebagai Kerajaan tertua di Perak. Selepas lenyapnya Manjung, kira-kira pada awal kurun ke l5 telah wujud Kerajaan Melayu Beruas. Dari bukti-bukti yang terpahat di batu nisan yang ada menunjukkan bahawa sebuah Kerajaan Islam. Adalah dipercayai bahawa Islam datang ke Perak melalui negeri seperti Melaka dan negeri-negeri di Pantai Timur. Disamping itu Islam telah berkembang hingga ke pendalaman Negeri Perak melalui jalan Sungai Perak. Selain Kerajaan Beruas terdapat kuasa-kuasa pembesar tempatan di Ulu Perak seperti Kerajaan Roman, Tun Saban, To' Temong dan lain-lain kerajaan yang belum dapat dikesan. Zaman Kesultanan Titik kegemilangan sejarah Negeri Perak ialah setelah wujudkan sistem kesultanan yang merangkumi kawasan seluas 8,ll0 batu persegi. Pertabalan Sultan Mudzaffar Shah l pada tahun l528 telah membuka lembaran baru ke arah pemodenan. Kejumpaan bijih timah oleh Cik Long Jaafar di Larut pada tahun l824 telah mencepatkan lagi kemajuan Negeri Perak. Ditambah dengan kemasukan Inggeris pada tahun l874 telah memperkenalkan getah sebagai sumber ekonomi yang baharu. Akibat dari ini banyak imigran terutama kaum Cina dan India datang ke negeri ini. Dari dua sumber ekonomi di atas di samping sumber ekonomi tradisionalnya, Negeri Perak Darul Ridzuan telah berkembang pesat di bawah naungan 34 orang sultannya hingga sekarang ini. Penjajahan Inggeris yang berlaku bermula dari tahun l874 telah memperkenalkan beberapa sistem pentadbirannya yang mana akhirnya wujud penentangan terhadap sistem tersebut. Campur tangan Inggeris Termeterinya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari l874 antara Inggeris dan pembesar-pembesar Melayu Perak telah mengesahkan kekuasaan Inggeris di Perak khasnya dan Negeri-Negeri Melayu amnya. Beberapa faktor mempengaruhi campur tangan ini diantaranya ialah kekayaan bumi Perak sendiri, pergeseran pembesar-pembesar untuk berkuasa dan kacau bilau yang berlaku di Larut antara puak-puak Cina. Melalui campur tangan ini Inggeris memperkenalkan sistem Residen yang dianggap dapat membaiki sistem pemerintahan tradisional.

TEKS PERJANJIAN PANGKOR
PADA 20 JANUARI l874 Raja Abdullah diakui sebagai Sultan yang sah menggantikan Sultan Ismail yang akan diberi gelaran serta pencen sebanyak $l,000/- sebulan. Sultan akan menerima seorang Residen Inggeris yang nasihatnya mesti diminta dan diikuti dalam segala hal kecuali yang menyentuh agama dan adat istiadat orang-orang Melayu. Semua pungutan dan kawalan cukai serta pentadbiran negeri mestilah dijalankan atas nama sultan tetapi disusun menurut nasihat Residen. Menteri Larut akan terus berkuasa, tetapi tidak lagi diakui sebagai pemerintah yang merdeka. Sebaliknya seorang Pegawai Inggeris akan dilantik di Larut yang mempunyai bidang kuasa yang luas untuk mentadbirkan daerah tersebut. Gaji Residen akan dibayar oleh Sultan, bukan dibayar oleh Kerajaan Inggeris. Penentangan terhadap sistem Pentadbiran Inggeris Sistem Residen bukanlah sebagai pembaikan kepada sistem pemerintah tradisional, tetapi dianggap sebagai sistem penindas. Ini disebabkan Inggeris lebih mendapat manafaatnya. Dalam pelaksanaannya pula penyelewengan kuasa telah dilakukan oleh Residen pertamanya J.W.W.Birch. Implikasinya masyarakat pribumi tidak puas hati dan berlakulah penentangan. Di akhirnya J.W.W. Birch dibunuh pada tahun 1875. Walaupun begitu sistem ini diteruskan hingga Jepun bertapak di Tanah Melayu. Sistem Pemerintahan Residen Kuasa Residen yang diperkenalkan menerusi sistem pemerintahan ala Barat yang dikatakan lebih moden itu didapati serba bertentangan dengan pola pemerintahan tradisional Melayu. Sultan dan Pembesar-pembesar tidak lagi berfungsi sebagai pemerintah mutlak kecuali hal-hal yang bersangkutan dengan ugama dan adat istiadat Orang Melayu sahaja. Justru itu telah berlaku penentangan demi penentangan tetapi sistem ini terus berlanjutan sehingga pendudukan Jepun. Perang Dunia Pertama - 'Zaman Meleset' Walaupun Perang Dunia Pertama yang meletus pada tahun l914 itu berlaku di Eropah, tetapi bahangnya turut dirasai oleh seluruh dunia. Negeri Perak terlibat secara tidak langsung menerusi hubungan perdagangan antarabangsa dengan ekspot utama bijih timah dan getah aslinya, telah mengalami kemerosotan pendapatan. Implikasinya, seluruh pembangunan terpaksa dibekukan sehingga dunia kembali aman. Perang Dunia Kedua Bahana Perang Dunia Kedua turut dirasai di Persekutuan Tanah Melayu pada 8 Disember l94l dengan pendaratan tentera-tentera Jepun di Kota Bharu. Negeri Perak telah jatuh ke tangan Jepun pada l Januari l942 . Pahit getir zaman pendudukan Jepun ini ditanggung oleh rakyat sehingga tahun l945.

Monday 13 February 2012

Tempat Menarik di Perak... Moh kite g lawat....

Sempena tahun melawat perak....


moh la kite ramai g lawat...ramai org cakap tempat2 ni menarik...tp kalau kita x rasa sendiri...mana nak taunye...teman dah lawat....ada yang best ada yang kureng....pendapat masing2 ye...yang penting kita enjoy.....

Tahun Melawat Perak
Negeri Perak merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang kaya dengan pelbagai tarikan pelancongan. Selain keunikan gua serta bukit batu kapur yang ada di sekeliling negeri itu, tarikan lain ialah seperti pantai, tasik, hutan, pulau dan tempat bersejarah.

Tahun 2012 adalah Tahun Melawat Perak dan pasti pelbagai destinasi menarik yang diketengahkan. Justeru, minggu ini Santai menyenaraikan 10 Ikon Pelancongan Perak yang merangkumi tarikan pelancongan utama yang terdapat di negeri itu.


1. Taman Negeri Royal Belum

Taman Negeri Royal Belum adalah hutan dara yang luas dan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung.

Antara haiwan liar di hutan ialah gajah, badak sumbu, tapir dan harimau.

Royal Belum juga kaya dengan biodiversiti di mana tiga daripada 20 spesies bunga Rafflesia boleh dijumpai dan kesemua 10 spesies enggang Malaysia berkampung di situ.

Selain keindahan alam semula jadi, Taman Negeri Royal Belum juga adalah perkampungan Orang Asli iaitu di Sungai Tiang dan Sungai Kejar.

Taman Negeri Royal Belum dikatakan lebih tua berbanding Hutan Amazon.

2. Hutan Paya Bakau Matang

Diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906, Hutan Paya Bakau Matang ini berkeluasan kira-kira 40,000 hektar.

Ia adalah rizab hutan paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia.

Matang kaya dengan pelbagai hidupan liar dan habitat yang tinggal di kawasan paya bakau dan dataran lumpur.

Pengunjung juga boleh menaiki bot menyusuri sungai pada waktu malam untuk melihat kelip-kelip atau kunang-kunang.

Antara aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di situ ialah melihat kehijauan pokok bakau dan memerhati burung yang pelbagai spesies.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat proses menghasilkan arang.


3. Gua Tempurung

Gua Tempurung adalah sebuah gua batu kapur di Gopeng. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 kilometer dan dipercayai wujud sejak 8,000 SM.

Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza.

Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.

Di pertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.

Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia di mana ia menjadi tempat persembunyian komunis dari 1950 hingga 1960.

Pada satu masa dahulu Gua Tempurung ini juga dijadikan lombong bijih timah dari tahun 1970.

4. Taman Herba Negeri Perak

Taman Herba Negeri Perak seluas 22 hektar terletak di Kampung Kepayang di sepanjang Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah adalah tempat penanaman pelbagai herba yang kini dipenuhi lebih 525 spesies pokok herba.

Spesies popular yang boleh didapati di Taman Herba Negeri Perak ialah misai kucing, kunyit bonglai, kacip fatimah dan tutup bumi rimba.

Selain itu, spesies seperti emas cotek, jerangau, rempah padang, kunyit, serai wangi, bungah cengkih turut ditanam di sini.

Keindahan kawasan Taman Herba Perak dengan haruman herba yang pelbagai sememangnya mendamaikan selain dapat menyenangkan jiwa selain mempelajari pelbagai jenis spesies herba yang ada.

Sungai Klah Hot Springs

5. Sungai Klah Hot Springs

Dikelilingi bukit bukau serta gunung yang menghijau, Sungai Klah Hot Springs menawarkan sesuatu yang cukup unik.

Dibuka pada 2003, ia bukan saja menawarkan keseronokan mandi atau berendam di kolam air panas semula jadi dan air gunung tetapi pemandangan indah yang cukup menyenangkan.

6. Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort

Dengan kawasan seluas 14 hektar, Pulau Orang Utan di Bukit Merah Laketown Resort menawarkan pengunjung keterujaan melihat gelagat dan aksi orang Utan.

Berasal dari Malaysia dan Indonesia, Orang Utan adalah spesies beruk terancam dan akhirnya akan dilepaskan ke dalam hutan selepas melalui program pemulihan khas.

Dengan hanya menaiki feri selama lebih kurang 10 minit dari Bukit Merah, anda berpeluang melihat anak-anak Orang Utan dengan pelbagai aksi.


7. Zoo Taiping & Night Safari

Terletak di kawasan semula jadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill), Zoo Taiping & Night Safari mempunyai keistimewaan tersendiri.

Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah satu-satunya zoo di Utara Semenanjung Malaysia.

Ia mengambil masa kira-kira 45 minit dengan 2.5 kilometer trek berjalan kaki.

Berkeluasan lebih 8.5 hektar, Zoo Taiping mempamerkan 1,300 haiwan daripada 180 spesies, antaranya harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan, kambing gurun, rusa ubi, badak tampung, kijang, pelanduk, kanggaru merah, angsa hitam dan angsa magpie.

Dirasmikan pada 15 Jun 2003, Night Safari antara pertama seumpamanya di negara ini.

8. Ipoh - The Limestone Wonder

Ipoh adalah bandar yang cukup unik kerana ia dikelilingi bukit-bukau dan gua batu kapur yang cukup unik. Pembentukan stalaktit dan stalagmit selama berjuta-juta tahun pasti membuatkan sesiapa saja terpegun keindahannya.

Di sini, anda boleh melihat keunikan Gua Tempurung, Gua Puncak, Sam Poh Tong Temple, Perak Tong Temple, Gua Tambun, Taman Rekreasi Gunung Lang dan Taman Tema Lost World Of Tambun.

Di Gua Tempurung dan Gua Puncak, anda pasti terpegun melihat formasi stalaktit dan stalagmit yang unik selain laluan di sepanjang penjelajahan di dalam kedua-dua gua itu.

Di Gua Tambun, sekitar tahun 1959, lukisan batu zaman Neolitik yang berusia lebih kurang 5,000 tahun dahulu dijumpai di pinggir Ipoh.

Taman Rekreasi Gunung Lang pula menawarkan pemandangan bukit batu kapur dan tasik bekas lombong.

Dikelilingi kehijauan alam semula jadi serta bukit batu kapur yang menakjubkan, Lost World of Tambun (LWOT) menjanjikan keunikan.

9. Lumut & Pulau Pangkor

Terletak lebih kurang 84 kilometer (km) dari Ipoh, Lumut cukup terkenal dengan keindahan koleksi siput dan kraf tangan yang diperbuat daripada batu karang.

Ia juga sering dikunjungi pelancong yang mahu bercuti ke Pulau Pangkor yang hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit hingga 45 minit dengan menaiki feri.

Pulau Pangkor kaya dengan bahan sejarah, antaranya Kubu Belanda yang dibina pada abad ke-17 bagi menyelia industri perdagangan timah di Perak.

'Pang Ko' yang bermaksud pulau cantik dalam bahasa Thai adalah destinasi percutian ideal bagi yang inginkan ketenangan dan lari daripada kesibukan di kota.

Jangan lepaskan peluang melihat proses penghasilan makanan laut segar di Kampung Sungai Pinang Kecil, Kampung Teluk Gedung dan Teluk Dalam.

10. Kuala Kangsar Bandar Diraja

Bandar Diraja Kuala Kangsar yang berusia 150 tahun itu adalah antara destinasi wajib dikunjungi jika melancong ke Perak. Bandar yang hanya mengambil masa selama 30 minit pemanduan dari Ipoh punya pelbagai mercu tanda.

Kuala Kangsar mendapat namanya daripada pokok Kangsar yang tumbuh di tebing sungai. Ada juga mengatakan nama Kuala Kangsar sempena 99 kuala anak sungai di Sungai Perak iaitu kurang 100, maka ia diberi jolokan nama 'Kuala Kurang Sa'.

Anda yang meminati sejarah mungkin boleh melakukan jejak warisan dengan hanya berjalan kaki menaiki Bukit Chandan.

Jangan lupa mengunjungi Masjid Ubudiah, Istana Iskandariah dan Galeri Sultan Azlan Shah.

Jangan lepaskan peluang melihat bangunan bersejarah yang sudah berusia lebih kurang 100 tahun iaitu Kolej Melayu dan Clifford School serta melihat sendiri pokok getah tertua di Jalan Raja Chulan.

Selain tarikan sejarahnya, Kuala Kangsar juga adalah pusat menghasilkan Labu Sayong.

Untuk makan, laksan di medan selera Sungai Perak antara destinasi paling popular.

Thursday 2 February 2012

Tempat Makan Yang Best

Sambil jalan2 melihat keindahan kat perak ni.....teman nak shere sikit tempat2 best....kadang kite x tau ada port baik punya untuk makan kat tempat kita... kalau rase2 ada sampai kat tempat ni.. sama2 la kita cari k...insyaallah....terbaik untuk dinikmati....


Taiping

1 Popiah – pasar larut matang
2 mee udang port weld..
3 kueytiow Doli... belakang bomba
4 Kari ikan semilang Kole Gula..
5 Cendol Bismillah.... pasar larut matatng
6 Satay Basri... pasar larut matang
7 Yong Taufu Bomba...
8 Nasik Lemak Tupai...kws perindustrian Tupai
9 Nasi Goreng Puyuh – kpg manggis changkat jering
10 Gulai Kari Ikan Sembilang - Plaza Tol Changkat Jering
11 Gulai Kari Ikan Sembilan – Restoran jalan ke Changkat Ibol
12 Laksa buyong – Taman Tasik Taiping (ikan belut)
13 Laksa buyong – Bukit Gantang (ikan belut)
14 Sup Gearbox – Cafeteria/ Kantin Penjara Taiping
15 Kuetiau/ bihun sup – Wakaf Taiping
16 Pak Lang Asam Pedas - pekan
17 Cendol ansari – pekan
18 Restoran makanan kampong – seberang jalan hospital taiping
19 Chickenchop – dekat cimb , jalan kpg jambu
20 Kanji Arab – dekat cimb, jalan kpg jambu
21 Nasi Lemak Sotong Mattom - Petronas Kamunting
22 Beehoon sup daging tanpa tulang (daging 8 perut) abng rosli – Pasartani taiping
23 Roti Jala - Warung Sudi Selera Stesen Keretapi Taiping
24 Laksa Sotong - depan Balai Polis Pokok Asam
25 Laksa Mexico - di Kamunting/Jln masuk Kpg Jana
26 Laksa Kuala Trong
27 Perut Sumbat Telur di Gerai 31, Densiko Nasi Padang,- bawah Bangunan Larut Matang Taiping
28 Popiah –ellla – bangunan larut matangl...
29 Pasembur Kadir - gerai asal bawah Bangunan Larut Matang, cawangan Tesco Taiping, dekat Bank Islam Taiping, Tesco Kampar, Ipoh dan beberapa tempat lagi
30 Sejenis minuman WHITE di Taiping. BLACK pun ada.
31 Cucur sekupang Pakcik Mei - di Kpg Pinang Kamunting
32 Mee Udang Banjir Mat Teh yg famous itu (peta di bawah)
33 Mee Udang Banjir Salleh (lebih hygiene)*
34 Mee Udang - azraie rekemen Salleh stall kat pekan port weld
35 Rojak Buah Irene Taiping, Market Road sebelah Esso
36 mee combat - pasar larut matang
37 Telapia Bakar di Simpang Traffic Light BMLTR (Bukit Merah Lake Town Resort)

Kuala Kangsar
1 laksa Pak Ngah – Low Road (berhampiran sek men tsung wah)
2 laksa kalam – tepi sungai perak
3 laksa zimbo – area the store
4 laksa halim – Pdg Rengas
5 laksa paksu – Lubok Merbau/ ptg Jumaat di pasar KK
6 laksa haji arfan – tepi sungai perak
7 bihun sup Habuna – pekan sehari (jumaat, sabtu, ahad)
8 chickenchop – the cafegate (sebelah farmasi Tesa)
9 tempoyak ikan patin – gerai yop Helmi tepi sungai (menu wajib)
10 kuayteow sup ikan duri - belakang rumah Ku Tam
11 warung warisan masakan kampong - belakang stesen bas
12 restoran che an - jalan daeng selili
13 restoran kak bitah - sebelah pej JKR (jln taiping-lebai2 ramai kat sini)
14 kedai makan dahya, kak pah - deret seberang jalan stesen keretapi
15 restoran impian - Talang (tepi jalan kk-taiping)
16 restoran manong - seberang jalan Sek Tsung Wah (Low Road)
17 restoran ibnuboss - Chandan

Parit Buntar
1 cendoi - gerai makro-mara
2 ikan keli & kembung panggang- 500 meter dari Mesjid Tinggi...belah kiri arah ke KL.
3 Char Koey Teow Along - bertentangan dengan Taman Murni, Kampung Kedah, Parit Buntar.

Bagan Serai
1 Roti canai dan pelbagai kuih tradisi – tepi jalan bendang Selinsing @ dr jalan besar masuk ke arah jalan Kuala Gula dalam 500meter.

Teluk Intan
1 Mastan Ghani - mee & rojak
2 Ghulam Rasul - popular dengan nasik beryani & ayam goreng berempah
3 Kedai Kopi Utoh (sg Manik) - Pulut + wadi barandang bawang
(pulut + ikan sepat pekasam digoreng dgn cili kering & bawang)
4 kedai cowboy...pakcik jual mee rebus 1.20 ngan air laici 20 sen..
5 aneka gerai makan tepi bank rakyat menghala ke hentian bas mara

Ipoh
1 Sate Rose - Hentian Limau Tambun dan juga Hentian Bas Silveritage...
2 Sate kajang - medan gopeng dan ipoh garden dekat2 tesco
3 Mee Rebus Ramly – kws perindastrian Tasek
4 Restoran Salim, KK road – restoran nasi briyani dan kari kepala ikan
5 Popia SS Ali – Medan Selera, taman kanak2, dan juga di pasar2 mlm.
6 Ikan bakar dan masakan kampong – caw restoran Tasik Raban dekat stadium negeri
7 Rojak / cendol / popiah - Jalan Maxwell nak masuk manjoi
8 Nasi ganja - depan bekas stensen bas Tg Rambutan
9 Mee kari Hj Sujak – shopping complex dlm Uda Ocean
10 Restoran Sabar Menanti – menjual pelbagai jenis masakan kampong dan menu paling spesel adalah char kuayteow – terletak antara bangunan JKR ipoh dan bekas bangunan Bank Negara
11 Roti Bakar & Telur ½ Masak Medan Selera Datuk Sagor Masjid Negeri
12 Nasi Kandar Hussain di Medan Selera Datok Sagor bersebelahan Masjid Negeri dan boleh dinikmati seawal jam 8 pagi
13 Restoran Simpang Tiga Cita Rasa Khas Padang/Moden di Greentown
14 Perhentian Sebelah (Laybay) Simpang Pulai menghala ke Utara
(i) Nasi Ayam Basree Bustaman
(ii) Nasi Goreng China (gerai baru)
  
Gopeng
1 lemang kelamai – lemang orang Rawa yg dijual di tepi jalan
(kualiti lemang jenis ni tahan lama hingga 2 bulan)

Tapah
1 Warung Ikan Bakar Transnasional – dekat mesjid Tapah
2 Gerai De’Sya Nasi Campur - yang terletak selepas sekolah menengah kalau datang dari susur keluar lebuhraya. Lebihkurang 1 km dari rumah tol. Gerai ini terletak di sebelah kiri berseberang jalan dengan Gerai Intan Tom Yam. Penunjuk jalan yang lain ialah Papan Tanda JBA.- spesel makanan/masakan tradisi Melayu dan banyak jenis aneka pilihan lauk pauk.

Lenggong
1 Ikan Bakar Talapia dll - Restoran Tasik Raban
2 Mee Kari Lenggong spesel – Medan Selera (dekat Shell)

Selama
1 Mee Rebus - Kubu Gajah (pagi shj).
2 roti canai – depan supermarket Minat
3 restoran faizal - taman guru

Tanjong Malim
1 Nasi Beratur Tanjung Malim Ala Padang