Monday 5 March 2012

Agensi Kerajaan Perak - Pejabat Kewangan Negeri Perak


ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan/puan kerana sudi melawat Portal Rasmi Pejabat Kewangan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Perkhidmatan yang efektif banyak bergantung kepada kapasiti dan keupayaan kita menyesuaikan tugas sejajar dengan perkembangan semasa dan bidang teknologi maklumat dan multimedia telah menyediakan satu kaedah baru bagi menyempurnakan tugas kita. Menyedari betapa pentingnya dimanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi makllumat, maka Pejabat Kewangan Negeri Perak dengan bangganya melancarkan portal yang baru bagi menggantikan portal yang telah diperkenalkan pada tahun 2005.
Portal ini bertujuan untuk menyediakan maklumat yang berkait rapat dengan pengurusan kewangan khususnya dari segi undang - undang, peraturan, prosedur yang di terima pakai di peringkat negeri. Portal ini menerangkan objektif, misi, dasar Q, maklumat 5S serta piagam pelanggan Pejabat Kewangan Negeri Perak.
Portal ini juga mengandungi segala maklumat tersebut yang diperlukan oleh pelanggan-pelanggan jabatan ini. Adalah menjadi harapan saya agar maklumat yang diperoleh nanti akan memberi faedah kepada pelanggan jabatan.
Sekian, terima kasih.
Dato' Haji Mohd. Gazali bin Jalal, DPMP, PCM, AMP
Y.B. Pegawai Kewangan Negeri

No comments:

Post a Comment