Monday 5 March 2012

Agensi Kerajaan Perak - Pejabat Mufti Negeri Perak



Alhamdulillah  segala  pujian  bagi Allah  swt dan  salam buat  junjungan besar  Nabi  Muhammad  saw.Pembangunan  Laman  Web  Jabatan pada  masa  kini  amat  perlu  dilaksanakan di setiap  jabatan  untuk menyampaikan  maklumat  terkini.  Dengan  adanya  Laman Web  ini akan memudahkan  pertukaran  maklumat dan  juga  mempercepatkan  sesuatu tindakan  diambil. 

Di zaman  ICT sekarang  ini  kita  harus mendapatkan  sumber maklumat  bagi  tujuan  kebaikan  tidak sebaliknya. Hakikatnya, bukanlah sesuatu  yang  mudah  bagi menyaring  maklumat  yang  berada dalam  Internet.
  Sungguhpun  begitu, bukanlah  sesuatu  yang  mustahil bagi  seseorang  menangkis segala godaan  media  jika  asas  yang dipegangnya  kuat  dan  teguh.Oleh sebab itu, kawalan  diri  amat berkait  rapat  dengan  keimanan kepada  Allah  swt . Hanya  iman sahajalah  yang boleh  menjadi pengawal  utama  kepada pembentukan  tingkah  laku  kita.

Akhir kata, saya menyeru agar masyarakat Islam di Negeri Perak Darul Ridzuan,  sama-sama menimba ilmu daripada laman web ini untuk tujuan mempertingkatkan keimanan di samping dapat menghindarkan diri dari fatwa yang menyesat, yang bukan didasarkan dari dua sumber utama Al-Quran dan Hadith.Sekian, wasallam.

YBhg. Tan Sri Dato' Seri (DR) Hj. Harussani bin Hj Zakaria
PSM., DSA., SPMP., DPMP., JSM., AMN., PKT., PJK.

No comments:

Post a Comment