Wednesday 30 May 2012

keluar daripada UMNO dan menyertai DAP

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir menganggap tindakan Naib Ketua Pemuda Bahagian Kampar, Zamhuri Md Zin yang mengisytiharkan diri keluar daripada UMNO dan menyertai DAP tidak  mengancam dan menjejaskan kekuatan UMNO dan BN Perak.
Katanya, beliau penuh yakin dan percaya tindakan Zamhuri itu tidak akan menjejaskan UMNO dan BN Perak kerana tahu watak sebenar orang seperti ini.
Dr Zambry yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak turut menafikan dakwaan Zamhuri kononya beliau ada menelefonnya (Zamhuri ) supaya  menarik balik keputusan berhubung tindakannya itu.
Menurut Dr Zambry, beliau tidak pernah menelofon Zamhuri dan tidak tahu menahu tentang peristiwa itu dan puncanya.
Sambil menyifatkan dawaan  Zamhuri itu sebagai satu pembohongan, Dr Zambry berkata, tindakan susulan yang perlu akan diambil selepas ini dan beliau meminta Zamhuri supaya tidak berbohong.
"Saya meminta dia jangan berbohong dengan mengatakan bahawa saya telah menelefon dia (Zamhuri) waktu itu.
"Ini merupakan satu pembohongan yang biadap bagi saya yang tidak seharusnya beliau (Zamhuri ) lakukan.’’ katanya pada sidang media selepas merasmikan Sukanika 1Malaysia dan makan tengah hari bersama penduduk Taman Fasa 2H di Seri Manjung hari ini.
Menurut Zambry, beliau hanya bimbang apabila watak-watak yang baik dalam UMNO selama ini yang tidak langsung ada kepentingan membuat keputusan untuk keluar daripada UMNO dan BN.
"Tapi watak seperti ini (Zamhuri) nak keluar UMNO dan masuk DAP dipersilakan,’’ katanya.
Zambry juga menyifatkan tindakan  pemimpin pembangkang seperti mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Sivakumar yang `mengutip’ orang seperti ini (Zamhuri) sebagai merendah-rendahkan martabat mereka.
"Jika  sebelum ini didalam dewan dimana-mana mereka  membuat tuduhan kepada UMNO mengatakan UMNO memberi projek kepada kroni-kroninya dan hari ini orang yang sama, orang yang dimaki hamun oleh mereka  hari ini mereka pergi mengutip  orang itu balik semata-mata orang itu nak sokong mereka.
"Apakah ini bentuk politik bermaruah yang ada kepada Nizar dan Sivakumar, orang seperti ini yang dianggap sekotor-kotornya dan orang yang sama ini dikutip dan dicuci kononnya mereka merasakan layak untuk menjadi anggota DAP.. Ahlan Wasahlan dipersilakan,’’ kata Dr Zambry.
Ditanya mengenai muzakarah Pas-UMNO, katanya, muzakarah ini merupakan satu perkara yang baik tetapi ia bergantung kepada keinginan dan kesediaan daripada semua pihak.
Katanya,  sudah menjadi satu amalan sebenarnya, malah dalam Islampun seringkali menganjurkan untuk membuat perkara-perkara yang baik  seperti ini.
Beliau juga berpendapat muzakarah ini patutnya dijadikan satu perkara yang tidak seharusnya diletakkan syarat tertentu untuk mengadakannya.
"Walau apapun biarlah kita lihat perkembangan daripada kedua pihak ini nanti,’’ katanya.






I sumber : http://umnoperak.my/component/content/article/36-berita-lain/874-tindakan-zamhuri-keluar-parti-tidak-jejas-kekuatan-umno-bn-perak.html & http://peraktoday.com/wp/ I

No comments:

Post a Comment