Friday 11 May 2012

Majlis Tilawah Al-Quran Negeri Perak

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan 1433H/2012M -

Kuala Kangsar, 10 Mei 2012 Johan Qari dan Qariah Peringkat Negeri Perak telah dimenangi oleh Encik Mohd Fahmi Asrah Razali dan Puan Puteri Kalimatul Azzua Hamid. Kuala Kangsar, 10 Mei 2012 – Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Perak pada kali ini diadakan Di Dewan Serbaguna, Kolej Islam Darul Ridzuan.
Sebanyak 8 orang peserta bertanding  di peringkat akhir iaitu 4 Qari dan 4 Qariah setelah melalui  saringan di peringkat daerah. Peserta Qari, Encik Mohd Fahmi Asrah Razali yang mewakili daerah Manjung dinobatkan sebagai johan pada edisi tilawah kali ini. Johan Qariah pula dimenangi oleh Puan Puteri Kalimatul Azzua Hamid yang mewakili daerah Larut Matang dan Selama. Beliau merupakan pemenang untuk dua tahun berturut-turut setelah memenanginya pada tahun lepas.
Majlis Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh DYAM Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa. Keberangkatan baginda diiringi YB Dato’ Ramly Zahary yang mewakili YAB Menteri Besar Perak. Turut hadir YB Dato’ Abdul Puhat Mat Nayan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Johan Qari dan Qariah akan membawa pulang wang tunai RM7,000.00, pakej menunaikan fardhu haji, piala, hadiah iringan beserta sijil penyertaan.
Mereka akan mewakili Negeri Perak ke Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 4 hingga 8 Jun 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor. DYAM Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa menyampaikan hadiah kepada Johan Qariah Peringkat Negeri Perak. Johan Qari menerima hadiah daripada DYAM Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa. Encik Mohd Fahmi Asrah Razali yang mewakili daerah Manjung dinobatkan sebagai johan pada edisi tilawah kali ini. Orang ramai bersalaman dengan DYAM Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa. Sumber: Korporat SUK Perak.

No comments:

Post a Comment